Cintaku…Hanya
Kamu [7]
“Can I seat here Izzat?” lantas
Sahara mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Pandangan gadis di sebelah Izzat
Aqeel yang tajam merenungnya langsung tidak menakutkan. Dengan wajah bersahaja
dia tersenyum sinis membalas renungan mata si gadis yang boleh tahan cantiknya.
“Hai, dari tadi I tengok you pandang
ke sana… You tengok apa Izzat?” soalnya apabila kehadirannya di situ langsung
tidak diendahkan oleh lelaki segak bergaya itu. Matanya juga turut mencari arah
yang dilihat oleh ellaki itu sehingga tidak berkelip memandang. Hatinya yang
usdah panas bertambah panas apabila matanya melihat sesusuk tubuh yang sedang
ebnak bergelak ketawa dan bergurau senda sesame sendiri.
Sahara mengetap bibirnya geram.
Sakit hatinya apabila adik tirinya mendapat perhatian dari lelaki sehebat Izzat
Aqeel. Di dalam hati dia menyumpah seranah gadis itu. Namun dia tersenyum sinis
sebaik sahaja insiden sebentar tadi terlayar di ruang matanya. Ternyata wajah
Trishyia Aleesa terus berubah merah marah barangkali apabila teman baiknya
ingin memperkenalkan gadis itu dan Izzat selaku rakan sekelas mereka suatu masa
dahulu.
“Well.. patutlah I datang you buat
tak tahu. Rupanya melihat bidadari dari kayangan.” Sahara tergelak kecil
apabila wajah Izzat serta merta berubah dan merenungnya garang.
“You ni apahal nak sindir sindir
orang. Gila ke?” tukasnya geram. Sakit hatinya apabila gadis di hadapannya
menyindirnya sesuka hati.
“Tak adalah. I Cuma kesian tengok
partner you tu kat sebelah. Dari tadi dia cuba mencuri untuk mendapat perhatian,
you buat derk aje? You pandang Trish ke?” dalam gelaknya yang sedikit sumbang
dia menyindir pula gadis di sebelahnya. Sakit hati dengan gadis yang entah apa
nama sesuka hati menjjeling dan memandangnya semacam. Terus berubah muka gadis
itu apabila di sindir begitu. Padan muka!
“Well, I bukannya apa. Just terkejut
tengok kawan kita yang lain benar berubah. You bayangkan, she is…perfect.
Cantik. Tak sangka dulu dia yang comot sehingga begini ketara perubahan dia.
I’m shock” tanpa sedar pujian itu menaikkan lagi suhu yang sudah tersedia
panas. Sengaja menjolok sarang tebuan. Berdesing telinganya mendengar.
Bertambah meluat. Gadis di sebelah Izzat Aqeel usah dikata, cemberut semacam
apabila lelaki pujaan memuja bunga yang lain yang mendapat perhatian si
kumbang.
“Eleh, I tengok biasa je. Plastic
surgery maybe… sekarangkan zaman semakin moden. Anything is impossible.”
Ujarnya penuh yakin. Walaupun hakikatnya dia tahu yang sebenarnya.
“No, I yakin itu wajah semula jadi
dia. Tak mungkin dia buat semua tu.” Tukasnya laju. Trishyia Aleesa takkan
sanggup melakukan kerja terkutuk yang dilarang oleh agama hanya untuk kelihatan
cantik. Dia terngamam apabila tanpa sedar bibirnya meyatakan hal itu
“Nampaknya ada yang sudah jatuh
hati” dengan nada bersahaja dia memerli untuk melihat reaksi lelaki itu. Dan
ternyata sindirannya hanyalah sia sia apabila lelaki itu hanya mendiamkan diri
dan tersenyum.
“Tapi I tengok padan betul dia
dengan lelaki kat sebelah dia tu. Siapa ya? Kekasih atau tunang dia? Nampaknya
melepaslah you Izzat..” ujarnya lagi dengan sengaja. Matanya merenung Izzat
yang kelihatan sudah agak berubah air mukanya. Izzat Aqeel memandang lagi gadis
itu sekilas. Ternyata Trishyia Aleesa langsung tidak mempedulikan kehadirannya.
Begitu asyik berbosak dengan yang lain. Sedikit sebanyak dia terasa tercabar
dengan perlakuan gadis itu. Ini pertama kali gadis yang tidak langsung tertarik
dengannya.
“Leesa, aku tengoklah kan, ramai
betul malam ni yang tertarik dengan penampilan kau. Apa orang cakap, macam
bidadari turun dari kayangan. Hampir semua terkejut dengan penampilan kau
tambah lagi dengan kakak tiri kau. Sekarang ni baru dia tahu langit tu tinggi
ke rendah..” Nadia mengekek ketawa. Lucu sungguh dia melihat wajah Sahara yang
begitu ketara terkejut hampir terpelecok kakinya semasa menuruni tangga. Nasib
baik sempat cover, kalau tak dialah
orang pertama yang meledakkan ketawa sekuat hatinya. Biar malu gadis itu
setahun dua. Hatinya berbisik nakal.
“Ish, kau jangan nak buat lawak bodoh
kat sini. Kot aku baling pinggan ni mahu bertelur sebiji dua kat kepala. Nak?”
Trishyia Aleesa menjengilkan matanya. Ada ke patut cakap macam tu kat depan
Harris. Malu sungguh, nanti dikatakan perasan pula.
“Apa pula mengarut, I tengok ramai
betul yang puji you. Seriously, you Nampak cantik sangat malam ni..” Sampuk
Harris perlahan. Hatinya sedikit cemburu dengan lelaki yang asyik memandang ke
arah gadis itu. Terasa mahu sahaja dia menarik Trishyia Aleesa pergi dari situ.
Namun jika difikirkan kembali, apa haknya..? Trishyia Aleesa bukannya ada
perhubungan perasaan dengannya. Gadis itu hanya meminta tolong dia menemankan
ke majlis dan tidak lebih dari itu. Dalam perasaan cemburu terselit juga
perasaan bangga kerana mendampingi gadis secantik Trishyia Aleesa. Banyak juga
mata si gadis yang memandang dirinya. Namun dia sudah biasa dengan semua itu.
Hampir setiap hari dia mengalami keadaan itu. Sudah lali.
“ Er, thanks. Tapi orang lain pun
apa kurangnya.. Nadia pun cantik apa?” dia melencong ke topic Nadis pula. Mula
memuji rakannya itu. Malu siot jika dipuji oleh lelaki sekacak Harris! Siapa
tak tergugat dengan lelaki itu, Cuma dia yang mampu bertahan. Kalau gadis lain
pasti sudah tersungkur dengan hanya senyuman lelaki itu.
“But, bagi I you adalah yang paling
cantik.” Ujarnya lagi sambil merenung lembut Trishyia Aleesa. Terasa hatinya
sudah dicuri oleh gadis itu. Ini adalah kali kedua pertemuan mereka. Hatinya
sudah yakin dia telah jatuh cinta. Hanya dengan pertemuan pertama dia sudah
angau, apatah lagi pertemuan ketiga dan seterusnya.. mahu gila baying
dibuatnya.. Aleesa oh Aleesa..
Trishyia Aleesa yang terdengar
pujian yang keluar dari mulut lelaki itu bertambah resah dan sedikit gerun..
terasa sangat segan dan dia dapat rasakan kulit pipinya mula memerah dengan
pujian itu. Sudahnya dia hanya tersenyum segan. Matanya dilarikan daripada mata
Harris yang merenungnya dari tadi. Terasa rimas pula berada di dalam situasi
yang menyesakkan dadanya.
“Hai, can I seat here?” sapa suatu
suara yang begitu asing di pendengaran telinganya. Matanya yang tadi memerhati
ruang tengah melihat gelagat rakan rakannya terus berpaling untuk melihat
gerangan siapa yang bertandang ke mejanya. Hatinya tiba tiba terasa berhenti
berdenyut dan kemudian mula berdebar kencang seakan baru sahaja menyelesaikan
acara larian pecut.
“Izzat..duduklah. Partner kau mana?”
Nadia menjemput rakannya tadi duduk apabila melihat Trishyia Aleesa yang hanya
diam membisu. Matanya gadis itu sudah pun dilarikan memandang runag tengah
kembali. Harris pula meneruskan penyuapannya yang tadi tertangguh kerana
terlalu leka berborak.
“Dia bersembang dengan kawan. Tak apa
ke? Takut juga nanti ada yang tak selesa.” Izzat Aqeel cuba menarik perhatian
Trishyia Aleesa dan dia sengaja berkata begitu supaya gadis di hadapannya sedar
akan kewujudannya di sini.
“Duduklah, kitorang ok jer.” Sampuk
Harris pula walaupun dia dapat merasakan ketidakselesaan Trishyia Aleesa.
Suasana di situ sunyi beberapa minit sebelum Nadia berbual bual dengan lelaki
itu. Mahu mewujudkan suasana ceria di antara mereka. Namun, perbualan itu
langsung tidak dihiraukan oleh Trishyia Aleesa. Malah, gadis itu sengaja
berborak dengan Harris yang kelihatan agak teruja kerana gadis itu melayaninya
dengan mesra. Sesekali mata nakal Aizat Aqeel merenung gadis tu yang seolah
olah membuatkan dirinya tidak pernah wujud di situ. Tidak pernah dia menyangka
gadis yang dulunya agak comot kini bertukar begitu cantik dan menawan.
Masih
teringat dulunya dia begitu lancang menghina Trishyia Aleesa, padahal gadis itu
tidak tahu apa apa yang telah difitnahkan padanya, disebabkan malu gadis itu
berpindah ke sekolah lain demi maruahnya yang dihina. Seminggu selepas itu
barulah dia mengetahui hakikat sebenar, itupun melalui Nadia. Dengan berani
Nadia menegaskan bahawa Trishyia Aleesa tidak pernah tahu menahu tentang surat layang
dan surat cinta khas buatnya. Disebabkan surat itu dan rasa malu, dia nekad
untuk memalukan gadis itu pula.
‘Ah,
besar sungguh kesalahan aku pada dia. Sudikah dia memaafkan aku?’ dia berkata di dalam hati. Ingin meminta maaf
sekarang dirasakan tidak sesuai pula kerana berada di tempat yang umum. Sebolehnya
dia mahukan sedikit privasi dan meminta maaf secara peribadi kepada Trishyia
Aleesa. Serba salah pun ya juga. Kelihatan seperti Trishyia Aleesa tidak
mengaku mengenalinya. Tengok sahaja sekarang, tidak pernah mahu mengambil tahu
akan mewujudannya di sini. Asyik berborak dengan lelaki itu sedari tadi. Entah
apa yang disembangkan. Desis hatinya geram secara tiba tiba….hatinya tetiba menjadi sakit melihat kemesraan yang terpamer di hadapannya. Bertambah geram apabila lelaki di sebelah Trishyia Aleesa sesekali memandangnya sinis dan tajam seolah olah menyatakan gadis itu miliknya.. menyampah betul. Terasa mahu ditumbuk lelaki yang dikenali sebagai Harris itu semahunya..biar berkecai, baru puas hatinya....
Hatinya berharap sangat Trishyia Aleesa
akan menegurnya. Dia hanya menunggu masa untuk menegur gadis itu. Rasa segan
juga jika mahu ditegur sekarang. Manalah tahu jika gadis itu hanya memandang
sepi sapaannya. Tak ke malu besar dia nanti.
“Excuse
me, ladies kejap.” Secara tiba tiba Trisyia Aleesa bangun dari kerusi, meminta
diri. Harris sekadar mengangguk tanda mengerti.
“Kau
nak aku temankan ke?” pelawa Nadia dengan tiba tiba.
“No,
it’s ok Nad, aku boleh pergi sendiri. Tak sesat punya.” Sempat dia mengenyitkan
matanya dan bergurau. Rimas juga berada di situ. Dirasakan suasana di situ
sedikit dingin dengan kehadiran Aleef Aqeef. Dia juga terasa sedikit kekok
berhadapan dengan lelaki ityu setelah sekian lama tidak bersua muka. Tambahan
lagi kalau mengingatkan peristiwa lampau. Sakit hatinya. Semuanya bercampur
baur. Jadi elok juga jika dia beredar dari situ untuk sementara. Cuba mencari
ruang untuknya bernafas dengan lebih tenang dan teratur.
Trishyia
Aleesa membuka pili air sambil mukanya di dekatkan kepada cermin. Menilik mukanya
yang terasa rimas dengan bahan mekap yang ditampal di mukanya. Terasa begitu
melekit. Setelah berasa selesa dengan keadaan dirinya, dia mengatur langkah
menuju ke sebuah kerusi yang tidak jauh dari situ. Tujuannya untuk mengambil
angin dan menenangkan fikirannya yang berserabut. Sedang asyik dia terleka
dengan angin malam, bunyi suara seseorang yang berdehem mengejutkannya. Akibat
terlalu terkejut, pantas dia berdiri dan seraya berpusing melihat gerangan
manusia yang terasa begitu dekat dengannya..
Apabila
berpaling, dia terkaku sendiri berada di situ. Langkahnya kian kaku untuk
beredar dari situ. Terasa seakan akan kakinya sudah digam..
Sungguh
ketika inin lidahnya terkelu seribu bahasa mahu bersuara apabila melihat
manusia yang berdiri di depannya. Serentak itu dadanya berdegup kencang….
p/s: sori sesangat coz n3 kali ni terlalu pendek... Bz sket + penat, so idea...urmmmm..maybe lpas ni Shaa akan buat laen, skunk ni x terkejar nak buat CHK..coz nak siapkan dulu KYS... harap anda semua tak kisah.. =( maybe lepas ni ambil masa yang lame nak update CHK... but don't worry, sy akan cuba update selagi yang termampu...=)
4 comments
chk n kys dua2 kita suka..so x kisahla yang mana syania update dulu..chk kali pendek tapi mantap! :d best laa...tak sabar nak baca lagi but take ur time..:)
bila syania nk smbung citer ni lgi..
x sabar nk tau apa kesudhannya..
smbung cpt ya..:)
Waaaa, very long time haa.... sorry but I bru jejak blog u.. I nk tnya.. cntaku..hnya kmu xde smbungn ker??
ader...cuma kn pending dulu.. :)