Followers

Nukilan Hati

Cantiknya lukisan dengan calitan warna

kerana disebaliknya terselit seribu makna,

Indahnya kehidupan dengan cinta

walaupun bukan hanya sekadar kata kata..

cukuplah hanya dengan bahasa tubuh,

kerana ianya...cinta sejati

...... SeTiaP CiNtA aDa CeRitA .....

...Kata Saya...

Ermmm, nak kata ramai yang singgah kat Shaa punya blog.. ramailah jugak, but3.. hanya segelintir aje yang komen.. for those yg singgah tu sudi sudikanlah diri menegur jika ada something yg kurang... ni untuk baiki balik kelemahan diri... soooo.... please ya, sy x marah pun juz agak terkilan sedikit =( anyways thanks for the reader a.k.a follower yg tidak jemu menerjah blog ni.. =) lup u la... hehehhehehe...

Thursday, 10 November 2011

Kasihku Yang Satu [Bab21]


Bab 21
          Alhamdulillah, setelah dua minggu menghabiskan pelajaran, dan menjadi penganggur terhormat. Akhirnya Dannia berjaya menjawat jawatan sebagai kerani biasa walaupun di syarikat kecil. Biarlah, asalkan dia tidak terperuk di rumah. Ibunya sendiri yang membenarkan dia mencari pengalaman kerja sebelum melanjutkan pelajarannya nanti.  Ada juga abangnya mengajak Dannia bekerja dengannya, namun ditolaknya dengan baik. Dia mahu berdikari sendiri tanpa bergantung pada abangnya. Walaupun pun sebagai kerani biasa, Dannia seronok dengan pekerjaan yang disandangnya sekarang.
            Pada mulanya dia sedikit kekok dengan kerjanya, tambahan lagi dengan suasana baru di negeri orang. Setelah seminggu berpindah ke Johor, Dannia mula merasa selesa. Malah berasa seronok dengan bandar baru yang didiaminya. Walaupun lebih besar dan lebih sibuk berbanding di negeri Kedah namun jauh dengan orang orang yang menyesakkan kepalanya. Malah semakin seronok bergaul dengan orang ramai. Dulu dia hanya mempunyai Hanna dan beberapa rakan sebagai teman, kini dia dia berasa seronok dengan kehidupan yang dijalaninya sekarang. Lebih senang dan bahagia.
            “Tak balik lagi Nia?” sapa Milla, kerani senior yang sudah hampir tiga tahun bekerja di situ.
            “Belum Kak, banyak kerja yang masih tak siap ni.” Dannia membalas pertanyaan Milla yang lebih tua darinya. Matanya masih belum mengalihkan daripada komputer. Tangannya tekun menari di atas kekunci komputer memasukkan data.
            “Rajin betul Nia ni. Hari ni sepatutnya kerja separuh hari aje. Sudah sudah lah tu Nia, dah tak ada orang kat sini. Akak dah nak balik ni.” Milla mengemas meja berhampiran darinya. Bersiap untuk pulang.
            Dannia meliarkan pandangannya di sekeliling. Betul kata Kak Milla, pejabat yang dihuninya sudah sepi. Tidak perasan akan peredaran masa yang sudah lama tamat. Dannia tersenyum sendiri kerana terlalu khusyuk, dia tidak sedar waktu pejabat sudah lama tamat, bahkan kawan sepejabatnya beransur pulang pun dia tidak sedar.
            “Kejap kak, bagi Nia sepuluh minit.” dia perlu menyiapkan data terakhir dalam muka surat itu, mudah untuknya minggu depan untuk dia menyambung kembali. Cuma hanya mengingati nombor muka surat.
            Milla mengangguk kepala tanda setuju untuk menunggu Dannia. Dia sendiri tidak akan meninggalkan Dannia di pejabat itu seorang diri. Takut jika apa apa yang berlaku kepada gadis itu, walaupun gadis itu sudah biasa di situ. Hatinya menjadi bimbang dan rawan apatah lagi gadis seperti Dannia masih mentah. Jam menunjukkan tepat jam dua belas lima belas tengah hari, barulah dia beransur pulang beriringan dengan Kak Milla. Tiba di lobi mereka berpecah menuju ke kenderaan masing masing.
            Dannia memandu pulang, sempat dia singgah ke kedai buku membeli sebuah novel untuk dibaca sepanjang dia cuti dua hari. Novel Aku Bukan Mistress menjadi pilihannya. Tidak sabar dia mahu membaca novel yang menarik perhatiannya. Seorang gadis yang menjadi perempuan simpanan akhirnya jatuh cinta dengan masternya sendiri dan hidup bahagia walaupun begitu banyak halangan. Berbeza sungguh dengan hidupnya, mempunyai suami tetapi ditinggalkan atau lebih mudah digantung tak bertali. Sekurang kurangnya Mya Arlissa beruntung mempunyai lelaki yang mencintainya sepenuh hati. Tapi dia?? Tiada. Sifar. Kosong.
            Kereta Vivanya memasuki taman yang menuju ke rumah yang didiaminya sejak beberapa minggu yang lalu. Namun hatinya sedikit pelik apabila melihat dua buah kereta mewah yang tersadai di halaman rumahnya. Kereta siapa pula ni? Ibu ada buat majilis ke, tapi kenapa dia tidak diberitahu apa apa pun. Takkan nak meminang pulak kot, agak agaklah ibu dan abah pun aku ni masih isteri orang walaupun tak ada suami di sisi. Dannia megetuk kepalanya perlahan. Apa yang kau fikir ni Nia.
            “Apa yang duk ketuk kepala tu. Sakit kepala ker?” tersentak apabila satu suara garau menegurnya dari belakang ketika dia masih ralit memerhati kereta yang tersadai di situ. Macam penarik kereta pun ada gayanya. Dannia malu sendiri kerana tertangkap ketika sedang meneliti kereta orang.
            Dannia lantas memusingkan badannya untuk melihat arah datang suara garau itu. Bulat matanya memandang lelaki tubuh tegap yang elok bersandar pada dinding bersebelahan pintu masuk sambil berpeluk tubuh memandangnya. Zafrey!! Dia ni suka buat kejutan pada semua orang. macam mana pula dia tahu alamat tempat tinggal dia sekarang. Tak mungkin Hanna, gadis itu sudah berjanji untuk tidak memberitahu apa apa jika ada orang yang mencarinya.
            “Abang Zaf. What are you doing here?” Dannia memeluk tubuhnya sambil meghampiri Zafrey.
            “Kenapa. Tak boleh ke abang nak ada kat sini?” Zafrey bertanya kembali tanpa menjawab soalan Dannia. Cuba bermain tarik tali. Membiarkan gadis itu tertanya tanya..
            “Bukanlah. Just curious. Macam mana abang Zaf tahu Nia tinggal kat sini. Nia tak pernah bagitahu kan?” Dannia mula berfikir, manalah tahu jika dia yang terlupa..
            “Masuklah. Yang tercegat kat situ buat apa. Masuk, jangan malu malu.” Zafrey  tanpa segan menjemput Dannia masuk dengan sengihan melebar yang terukir di wajahnya. Gadis itu menjeling geram. Ceh, jemput aku masuk dah buat macam rumah sendiri pulak. Tak tahu malu betul..Ni yang buat aku makin konfius ni. Ni rumah aku ke rumah mamat ni...
            “Masuklah Nia oi, saya tahu lah ini rumah awak.” Zafrey sekali menjemput Dannia masuk, dia beralih ke tepi untuk memberi laluan kepada gadis itu. Tanpa menunggu masa, Dannia melangkah masuk dan memberi salam. Sekali lagi dia terkejut melihat wajah wajah yang terpamer dihadapannya.
            “Auntie, uncle apa khabar?” Dannia menghampiri ibu dan abahnya untuk bersalam, kemudian beralih pula ke arah Puan Sri Kamilia. Dannia mengambil tempat bersebelahan dengan Puan Diana.
            “Salam uncle sayang..” Puan Diana menegur Dannia. Dipandang wajah ibu dan abahnya pelik dan meminta penjelasan. Takkan mahu salam, bukan muhrim kan? “Salam sayang..” Puan Diana berkata lagi, lebih lembut itonansinya sambil menepuk perlahan bahu Dannia. Dia terus bangun dan menapak perlahan ke arah Tan Sri Razif. Lelaki itu tanpa banyak soal terlebih dahulu menghulurkan tangannya.
            “Aunty datang dari mana?” Dannia menagih jawapan daripada Puan Sri Kamilia. Sedari tadi, Puan Sri Kamilia tidak lepas dari memandangnya. Setiap gerak gerinya diperhatikan tanpa jemu. Dannia tidak dapat mentafsir pandangan Puan Sri Kamilia sehingga terasa kekok dirinya.
            “Dari rumah. Nia kerja kat mana sementara tunggu result ni?” Puan Sri kamilia bertanya, matanya masih terpaku pada wajah Dannia. Walaupun sudah bertentangan mata, dia masih terasa rindu. Ingin sekali dia memeluk Dannia terus ke dakapannya. Suaminya disebelah mengusap lembut tangan tuanya.
            “Kerja kat Syarikat biasa biasa aje sebagai kerani.”
            “Seronok kerja kat situ?” tanyanya lagi. Cuba beramah mesra.
            “Best. Dapat ramai kawan. Aunty nak datang sini tak bagitahu pun.” Dannia kembali bertanya apabila teringat kembali kedatangan mengejut Tan Sri Razif sekeluarga. Matanya meliar mencari Zafrey, namun tidak kelihatan pula. Entah ke mana pula perginya lelaki itu. Oh ya, Ezmiel pun tidak kelihatan batang hidungnya. Tidak datangkah lelaki yang terlebih mesra itu?
            “Saja. Aunty nak buat kejutan untuk Nia.”
            “Tapi macam mana boleh tahu Nia tinggal kat sini?”
            “Adik, jangan banyak tanya. Tak kesian ke kat aunty, dari tadi mulut adik pot pet tak berhenti. Aunty baru sampai tu, biarlah dia berehat. Apa kata adik naik, pergi mandi dulu.” Puan Diana yang perasan akan keresahan Puan Sri kamilia terus menghentikan pertanyaan demi pertanyaan dari mulut comel Dannia.
            “Ish ibu ni.. Yalah. Nak borak sikit pun tak boleh.” Dannia memprotes, memuncung mulutnya.
            “Bukan tak boleh. Adik naik dulu bersihkan diri, lepas makan nanti kita borak panjang ya.” Puan Diana menggelengkan kepalanya melihat telatah keanakan Dannia. Masih tak berubah, macam budak budak.
            “Yalah, Nia naik dulu aunty, uncle.”
            Dannia bangun dari sofa dan melangkah memanjat tangga menuju ke biliknya. Sempat matanya meliar mencari abang Longnya. Oh, lupa hari ini kan hari jumaat, mesti dia sembahyang jumaat tu. Tan Sri Razif mungkin tak sempat nak singgah dengan keadaan diriya tak sempurna. Tapi Zafrey??
            Dannia merebahkan dirinya ke atas tilam empuk miliknya. Dirinya amat letih kerna tidak cukup tidur. Semalam dia terlewat tidur kerana menyiapkan novelnya apatah lagi ideanya datang mencurah curah. Dia seronok dengan kerja yang dibuat, terasa seronok kerana novelnya mendapat sambutan yang menggalakkan. Terasa satu perasaan yang tidak digambarkan, apatah lagi jika membaca komen yang ditinggalkan pada ruangan blognya. Kata kata semangat untuknya. Sedar tak sedar jam menginjak ke angka tiga pagi barulah dia berhenti. Itupun terasa matanya sudah memberat.
            Matanya kian memberat ketika berguling guling di atas katil. Rasa mengantuk yang ditahan dari pagi ke pejabat sehingga pulang semakin menggamitnya untuk tidur. Dia melihat sekilas jam di dinding, awal lagi ni. ‘Tidur la kejap’. Sempat dia mengunci jam sebelum matanya tertutup rapat kemudian sudah tidak sedarkan diri.
            Sementara di bawah, Puan Sri Kamilia resah menanti. Terasa masa yang bergerak terlalu lama, tidak tenang hatinya jika perkara yang ingin disampaikan belum diluahkan pada Dannia. Tan Sri Razif pula membaca akhbar untuk menutup gugupnya sementara menunggu Encik Zamani bersiap untuk ke masjid solat jumaat. Entah bagaimana penerimaan Dannia terhadap mereka. Dokumen penting juga dibawanya bersama sebagai bukti andai kata gadis itu masih ragu ragu.
            “Sabarlah Puan Sri, saya yakin Dannia dapat terima ini semua. Berdoalah semoga Dannia berlembut hati. Jangan bimbang ya. Nanti saya tolong.” Puan Diana memegang lembut tangan wanita anggun dihadapannya. Dia meneliti segenap wajah Puan Sri kamilia. Ya, dia dapat lihat persamaan wajah Dannia dan iras Tan Sri Razif pada wajah itu. Hatinya bercampur baur dengan perasaan sedih dan gembira. Sedih kerana mungkin selepas ini Dannia tidak lagi sentiasa berada di sampingnya, emenmaninya seperti dahulu. Dan gembira apabila doa Dannia termakbul untuk bertemu dengan keluarga kandungnya.
            Mana mungkin untuk dia menidakkan semua itu. Bukti sudah terjelas dan terpampang dihadapan mata. Sebelum kepulangan Dannia lagi, Tan Sri Razif dan Puan Sri Kamilia sudah menjelaskan kedudukan dan keadaan yang sebenar. Apatah lagi dia juga turut mempunyai bukti DNA dan sijil kelahiran Dannia yang asli. Sijil kelahiran yang ada padanya bukan dokumen asal. Kata penjaga di rumah anak yatim, keluarganya hanya meninggalkan salinan pada mereka. senang jika dia mahu mengambil kembali anaknya.
            “Entahlah kak, saya bimbang jika dia tak dapat terima kenyataan ni. Saya takut dia akan membenci kami nanti” Puan Sri Kamilia mengutarakan kegusarannya.
            “Jangan bimbang, Nia akan faham nanti. Kita bincang elok elok, bagitahu cerita yang sebenar.” Puan Diana mententeramkan resah wanita dihadapannya.
            “Entahlah, saya harap lepas ni baik baik saja. Saya redha dengan keputusannya.”
            “Belum cuba belum tahu Puan Sri. Erm duduk dululah, saya nak ke dapur siapkan makanan. Nanti bolehlah kita makan.” Puan Diana meminta diri untuk ke dapur. Dia perlu memasak untuk tetamunya menjamu selera.
            “Biar saya yang tolong.” Puan Sri Kamilia lantas bangun mengikuti Puan Diana. Terasa tidak enak mahu bergoyang kaki di rumah itu. Lagi pula dia sudah membiasakan diri dengan semua itu ketika dirumah walaupun mempunyai ramai pembantu. Puan Diana bercerita serba sdikit tentang dannia kepada Puan Sri Kamilia. Diceritakan semuanya sepanjang dannia meningkat dewasa dan juga tentang perkahwinan Dannia. Ternyata Puan Sri Kamilia langsung tidak terkejut apa yang diceritakan oleh Puan Diana. Dia sendiri telah mengetahui sejak dari awal lagi, tetapi tidak diceritakan kepada Puan Diana. Dia tidak mahu Puan Diana berasa bersalah kerana perkahwinan Dannia adalah dari permintaan wanita itu dan suaminya.
            Setelah makan tengah hari, Dannia sekeluarga  dan keluarga Zafrey semua berkumpul di ruang tamu milik Encik Zamani. Walaupun kecil, namun masih memuatkan ramai orang dan selesa. Dannia hanya mengikut kata ibunya. Di dalam hati, sudah banyak persoalan muncul di minda. Pelbagai bagai telahan yang dibuatnya.Tetapi semuanya tidak logik pula bila difikirkan kembali...
            “Ehem, adik mesti tertanya tanya kan akan kedatangan keluarga Tan Sri ni..” Abah memulakan bicara. Tetapi soalan pertamanya ditujukan ke arahnya. Dannia hanya mengangguk perlahan.
            “Abah rasa, tak perlulah abah kenalkan mereka satu persatu dan abah yakin adik dah kenal dengan semua yang ada di sini kan?” Dannia mengangguk lagi mengiakan. Hatinya sedikit resah. Berdegup kencang menunggu bicara yang keluar dari mulut Encik Zamani.
            “Terlebih dahulu, sebelum bercerita abah minta maaf kalau kata kata abah mengguris hati adik. Tapi inilah kebenaran dan keyataan yang sebenarnya. Abah nak adik terima semua ini dengan hati yang tenang.” Encik Zamani mengeluh perlahan, nadanya sayu sahaja. Kata kata Encik Zamani sudah membuatnya tidak tenang dan cemas. Dannia menunggu dengan sabar, walaupun terasa dadanya ingin pecah.
             “Nia tahu kan, abah dan ibu bukan keluarga kandung adik?” satu soalan yang sudah cukup menghancurkan hatinya. Sampai hati abah bertanya begitu kepadanya. Selama ini Encik Zamani pantang dengan kewujudannya dipersoalkan. Tetapi hari ini... Dia mengangguk lemah. Air matanya sudah bergenang.
            “Bukan maksud abah untuk menghalau, tapi hari ini terpaksa abah dan ibu melepaskan adik pergi kerana keluarga adik masih memerlukan adik di sisi mereka.” sendu suara abahnya berkata. Wajah ibunya dipandang, merah muka ibunya menahan tangis.
            “Apa maksud abah?” bergetar suaranya kedengaran. Begitu payah dia mahu mengeluarkan suara hanya untuk beberapa patah perkataan. Perit, sakit dan pilu semuanya bersatu.
            “Ini keluarga kandung adik yang sebenar. Ibu dan ayah kandung adik. Mereka datang sini mahu membawa Nia balik kepangkuan mereka.” Dannia memandang satu persatu wajah di hadapannya. Lama matanya jatuh pada seraut wajah yang selalu menghubungi dan bertanya khabar.
            “Ini semua tak benar kan?” lirih hatinya. Dia tidak mampu untuk meninggalkan keluarga yang selama ini dianggap keluarga kandungnya demi keluarga sebenar yang muncul.
            “Kami tak tipu. Kami adalah keluarga kandung Nia. Mama dan papa Nia yang sebenar.” Puan Sri Kamilia bersuara perlahan, persis memujuk.
            “Tak mungkin. Kenapa sekarang baru cari Nia? Kenapa dahulu buang, sekarang terhegeh hegeh nak kutip kembali.” Dia menangis hiba. Jadi inilah keluarga yang sanggup buang dirinya dahulu tanpa perasaan. Tetapi kenapa sekarang mahukan dirinya.. dirinya ditolak dan di tarik sesuka hati. Aku bukan boneka.. aku ada hati, cukup dengan perkahwinan aku hancur, kini datang lagi manusia yang mahu menghancurkannya menjadi lebih lumat.
            “Kami tak pernah buang Nia. Tapi dipisahkan oleh seseorang yang mencemburui kebahagiaan mama dan papa. Dan juga kerana harta.” Tan Sri Razif yang tadi diam pula bersuara.
            “Saya tak percaya Tan Sri. Maaf, saya tiada masa mahu mendengar ini semua. Maafkan saya.” Tanpa menunggu bicara seterusnya Dannia berlari menuju ke biliknya. Yang lain hanya diam membisu, sesekali Puan Diana dan Puan Sri Kamilia mengesat air mata. Kecewa dengan Dannia. Tan Sri Razif memicit dahinya.

9 comments

Anonymous
11/10/2011 07:56:00 pm  

aduh sdihnyaaa..cpt sambung nk lg

Anonymous
11/11/2011 01:06:00 am  

sedihnya cepatlah sambung

11/11/2011 09:20:00 am  

sambung la 2,3 bab sekali guss..x puas baca la...hehe

11/11/2011 09:21:00 am  

sambung byk lgi

11/11/2011 04:00:00 pm  

hadoi, nnty sy kasi pnjg2 sket ya.. tpi tggu next n3 la.. =)

11/11/2011 07:24:00 pm  

sedihnya...tp beri lah dannia masa...tiba2 sj family kandung dia dtg jemput dia blk..mesti la dia t'kejut...cpt2 smbg...

ryana
11/11/2011 08:49:00 pm  

dannia tabahkan hati ye...
allah xkan uji iman seseorg hamba jika dia x berkemampuan utk mhadapinya..
smaga family dannia akan memberi semangat ,dorongan n kebahagian dalam meneruskn perjalanan hidup dannia

next2....

Anonymous
11/11/2011 10:52:00 pm  

pls pls pls sambung pjg2 lagi..lama tunggu utk bab 21 ni..harap xyah tunggu lama utk bab seterusnya. makin menarik citer ni..best! :D

Anonymous
11/14/2011 09:14:00 pm  

bestnyaaaa kak syania...cepat2 la smbg xsabo eyda nk baca..eyda harap novel akk akn dibukukan... ;)

Post a Comment

9 comments:

Anonymous said...

aduh sdihnyaaa..cpt sambung nk lg

Anonymous said...

sedihnya cepatlah sambung

aisyah said...

sambung la 2,3 bab sekali guss..x puas baca la...hehe

aisyah said...

sambung byk lgi

syania said...

hadoi, nnty sy kasi pnjg2 sket ya.. tpi tggu next n3 la.. =)

evy said...

sedihnya...tp beri lah dannia masa...tiba2 sj family kandung dia dtg jemput dia blk..mesti la dia t'kejut...cpt2 smbg...

ryana said...

dannia tabahkan hati ye...
allah xkan uji iman seseorg hamba jika dia x berkemampuan utk mhadapinya..
smaga family dannia akan memberi semangat ,dorongan n kebahagian dalam meneruskn perjalanan hidup dannia

next2....

Anonymous said...

pls pls pls sambung pjg2 lagi..lama tunggu utk bab 21 ni..harap xyah tunggu lama utk bab seterusnya. makin menarik citer ni..best! :D

Anonymous said...

bestnyaaaa kak syania...cepat2 la smbg xsabo eyda nk baca..eyda harap novel akk akn dibukukan... ;)